Saturday, November 16, 2013

Saya Distributor Shaklee :)

Assalamualaikum n Selamat Malam semua.. 

Serius da lama sangat tak jenguk blog ni..rindu nyeeeee..huhu.. Hopefully semua sihat-sihat n rindukan saya :p (mcm la ade yg jenguk blog ko fatin) hehe..

Perkembangan terbaru,rse nye xde pape melainkn da tukar keje baru kat bandar baru klg, dekat sikit dengan rumah. Dapat lak position yg ade kene mngena dengan ape yang fatin belajar dulu.. Alhamdulillah..boleh dapat experience..

Tapi untuk post kali ni,nak bagitau peminat2 blog saya (sila muntah hijau skrg :p) saya adalah DISTRIBUTOR SHAKLEE YANG SAH SEKARANG!!! :))

Mesti korang semua penah dengar pasal Shaklee kn? Memang da jadi fenomena sekarang ni.. Asal pegi HQ Shaklee kt Empire Subang tu mmg ramai giler okayyy..

So, sape2 yang nak dapat produk Shaklee yang hebat n meletop ni,bole hubungi fatin ye :)
Fatin gak bole COD barang area Klang, Shah Alam, Subang, Petaling Jaya, Kapar, Meru, Kuala Selangor, Shah Alam, dan sekitar KL :))

Boleh hubungi fatin, SMS/Whatsapp : 014-9037261
Kalau uolss semua nak pegi sendri HQ Shaklee n nak beli barang,boleh dapatkn harga ahli dgn mnggunakan ID fatin- 1015334
Nah, jom cuci mata untuk gambar pertama ni..hihi


Wednesday, February 13, 2013

Hari Kejadian Mereka

Assalamualaikum..

Entri ni khas untuk sahabat-sahabat ku masa zaman persekolahan sekolah menengah dulu. Mereka ni la sahabat masa aku sekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Kapar. i'olls sekolah semua perempuan tau u'olss..tapi i'olls tak tahu kenapa i'olls kasar macam perangai lelaki..haha..ok,abaikan.. Entri ni dibuat sempena Hari Kejadian @ Hari Jadi @ Hari Lahir @ Happy Birthday @ Zhu Ni Kuai Le,,err *dah la tu fatin,orang faham kot* :p Ok, so aku perkenalkan sorang2 punya muka untuk tatapan umum.hehe..

14 Januari

Ini perempuan nama dia Zarith Sofia, aku panggil die ZARED. Dia selalu perasan comel,selalu nak suruh panggil dia si comel,tapi hakikat nya...mmg comel pun.semua kawan2 aku memang comel okkk!!! :D

Haaa..ni dia Zared!!hee..

NEXT!!

12 Februari

Ini amoi nama dia Siti Hazimah, aku panggil dia jimah lalalalala.. *ok,lalalala 2 aku tmbah sndri.hehe,sorii jimah*. Dia ni membe aku yang pandai masak sejak zaman sekolah lagi.aku pun pandai gak *nak jugak fatin* hehe,tapi dia lagi terer. dari masak lauk,kek,desert n macam2 lagi la.memang kelasss kau jimahh!!hehe..
Tadaaa..ni dia Jimah!!hee..

NEXT!!

15 Februari

Ini minah lak nama dia Siti Najwa, aku panggil dia awa. Awa ni lak chef tau sebab dia amek kos Kulinari diploma & degree,haa..hebat tak hebat la kan. mereka ni memang semua hebat2 tau.. Untuk awa,aku wish in advance..hehe..sebab selang brp ari je pun dengan jimah,so pakej!hehe
Jeng..Jeng..!ni la Awa!!hehe..
Untuk supi & shiro,tunggu turn korang la ea..hehe..
Pape pun,aku doakan korang panjang umur,murah rezeki,berjaya dalam kerjaya & hidup, bahagia & hepi sentiase, cepat kawen!!hee dan sentiasa diberkati oleh Allah. Amin... :D
 ni masa bulan puasa 2thn lepas ke thn lepas ea,aku pun lupe.hehe.time ni shiro xde.huhu



 tapi gambar ni shiro ada,rase nye gbr ni lepas kiteorg SPM rase nye..haa..nmpak macam 13thn kn..hehe..

*MISS ALL OF U SO MUCH!! :') *
*SAYANG KORANG DUNIA AKHIRAT!*

with lots of LOVE,

Fatin Azaty

Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013

Assalamualaikum..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Lagu ni sejak zaman aku sekolah rendah lagi. Aku sure memang ramai yang tahu lagu ni kan. Hari ni Maulidur Rasul, aku masih bekerja.Tapi sambil bekerja bukak tv online 1 Malaysia dengar ceramah pasal Rasullah S.A.W. Bila dengar kisah pasal Baginda, SubhanaAllah..memang terpegun dengar sifat Baginda terutama dalam menegakkan syiar Islam. Kekadang aku terfikir jugak 'boleh ke aku nak ikut sifat2 Nabi Muhammad S.A.W?'. Rasa diri ini terlalu kecik sangat dan kekadang tak mampu untuk ada sifat penyabar seperti Nabi Muhammad S.A.W. Tapi aku yakin semakin kita berusaha mengenali dengan lebih dalam sifat Baginda, In Sha Allah kita boleh ikuti segala Sunnah dan Sifat terpuji Baginda.

Mari la kita sama-sama kenali dengan lebih dalam mengenai Rasullah S.A.W dan lahirkan rasa cinta terhadap Baginda. Aku cakap untuk diri aku sendiri dan juga untuk org lain *perasan fatin,macam ada orang baca blog ko :p* Tak kisah la kan, mudah mudahan usaha kita ni diberkati oleh Nya dan sama-sama kita perbaiki diri dan jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola kita. Perbanyakkan berselawat ke atas nya bukan sahaja pada hari Maulidur Rasul tapi dalam kehidupan seharian kita. :) Macam aku baca kat blog Maria Elena, the best times to berselawat are bila dengar orang sebut nama Nabi Muhammad S.A.W, lepas berwudhu', bila masuk/keluar masjid dan bila-bila mengingatinya.

Semoga kita mendapat syafaat di Hari Akhirtat kelak..In Sha Allah..

p/s: lebih kepada untuk muhasabah diri sendiri untuk ke arah kebaikan.


Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013

'Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah'

Monday, January 21, 2013

HOBI Baru

Assalamualaikum..

Sekarang ni aku dah ada hobi baru kot.haha.. *mood excited nk bercerita*. Dah lama aku teringin giler nak pegi memancing sejak dari dulu lagi. Asyik dengar cerita Mr Q je pegi memancing kat kuantan tu. So bila Mr.Q kata dia bawak balik joran ke KL,aku yang keje semalam terus balik pukul 2.30 ptg (keje half day tetiba,hihi) and ajak pegi memancing. Excited la kononnya..haha. Maka sebelum pergi tu tanya la kat uncle Google dlu tempat memancing mana yang ok kt sekitar KL ni,tanya Razman officemate aku, byk kolam memancing kat Semenyih, Tapi kiteorg menuju ke Batu 14 Hulu Langat, singgah kat masjid dulu tunaikn kewajipan then sementara aku yang tgh 'bercuti' tanya la org kt sekitar masjid 2,ada pakcik 2 bgtau ada 1 kolam memancing mmg best la,ada pancing udang galah bagai. aku pun cerita kat Mr Q bukan main excited benor dia. Sampai2 je terus bayor deposit and Mr Q setting dia punya pancing,aku pun tengok2 orang yg tengah memancing. seronok gak tempat dia. aku lupa apa nama kolam tu tapi kt Batu 14, Hulu Langat. kat Hulu Langat ni memang banyak kolam memancing.

Da settle setting,maka bermula lah melabuhkan umpan kt kolam.hehe.. Mr Q pakai umpan cacing yang dia beli sebelum kiteorg gerak.tp dlm stgh jam tak dapat2 jugak ikan. makcik kat sebelah kiteorg ni bukan main rancak lagi dapat ikan,lepas 1,1..yang Mr Q ni bukan main geram and jeles lagi.tetiba makcik sebelah ni offer umpan yang dia pakai.dia pakai umpan hati ayam. bila kiteorg pakai umpan 2,terus dapat..wahhh..sama rancak macam makcik 2.haha..aku ni yang tak pernah pegang ikan hidup,terpaksa la memberanikan diri pegang sebab tolong Mr Q. Bukan main menggeletik ikan tu. Ikan yang banyak kiteorg dapat ikan Pacu,aku tak pernah dengar ikan ni.tapi ikan ni one of the spesis ikan sungai la. Ada jugak dapat ikan keli tapi disebabkan aku tak makan ikan keli,so kiteorg bagi la makcik 2.hehe..memang banyak la dapat.Alhamdulillah..rezeki..hehe..adalah dapat dalam 20 ekor kot or lebih kot.tak sempat nak kira,haaa..byk tak byk la kn..aku bawak balik 5 ekor je sebab 2 ekor aku nak masak,3 ekor bagi kt nisa (officemate merangkap jiran) yang selebihnya bagi kat mak Azmil (housemate Mr Q) kt Wangsa Maju. Memancing 3 jam = RM28. Berbaloi..!!hehe. Balik dengan hati yang puas. lagi lagi orang yang baru 1st time pegi memancing macam gua ni ha..haha..

Aku ada la amek gambar sikit walaupun kamera hp tak berapa nak cantik.hee

Mr Q tengah menunggu umpan dimakan oleh ikan2 sekalian.muahaha

muka bukan main seronok lagi :p

haa..sana 2 sume brader2 otai 2..

ni la umpan hati ayam yang makcik sebelah bagi.Time kasih makcik!! :D

dapat ikan keli
ini baru permulaan.*bekas ikan 2 makcik sebelah punye,dia bg pinjam.hee*

ini la Ikan Pacu,untuk aku nak masak.hee

Memang seronok la. Mr Q cakap lepas ni boleh la pegi lagi. Dia cakap kalau ada kawan2 saya yang nak join sekali bole la follow. saya cakap ok gak, seronok sikit.hehe. So ini hobi baru saya..hhehhe

p/s: tgh pk nak masak apa ikan ni,ade search2 psl ikan ni,mayb nak masak 3 rasa kot..waaahh..meletop uolsss..haha.btw, Thnks Mr Q :))

Sunday, January 20, 2013

Lihat Diri & Sekitarnya

pandang diri sendiri
adakah sudah sempurna?
adakah sudah layak berkata pasal orang lain?
jika belum layak,
senyap senyap sudah..

aku kadang kadang bosan
bosan dengan sikap manusia sekarang
lagi lagi yang aku nampak sekeliling aku
aahhhhh..
*Aku beristighfar*

semoga Allah ampunkan dosa aku
dan juga dosa yang lain
semoga Allah memberkati perubahan yang baru ini
Amin..

p/s: sentiasa muhasabah diri & berusaha kearah kebaikan..In sha Allah..