Thursday, January 24, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013

Assalamualaikum..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuri lembaran sirahmu
Pahit getir perjuanganmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umat mu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlak mu
Tidak terbalas segala jasa mu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir nama mu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajah mu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnah mu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Lagu ni sejak zaman aku sekolah rendah lagi. Aku sure memang ramai yang tahu lagu ni kan. Hari ni Maulidur Rasul, aku masih bekerja.Tapi sambil bekerja bukak tv online 1 Malaysia dengar ceramah pasal Rasullah S.A.W. Bila dengar kisah pasal Baginda, SubhanaAllah..memang terpegun dengar sifat Baginda terutama dalam menegakkan syiar Islam. Kekadang aku terfikir jugak 'boleh ke aku nak ikut sifat2 Nabi Muhammad S.A.W?'. Rasa diri ini terlalu kecik sangat dan kekadang tak mampu untuk ada sifat penyabar seperti Nabi Muhammad S.A.W. Tapi aku yakin semakin kita berusaha mengenali dengan lebih dalam sifat Baginda, In Sha Allah kita boleh ikuti segala Sunnah dan Sifat terpuji Baginda.

Mari la kita sama-sama kenali dengan lebih dalam mengenai Rasullah S.A.W dan lahirkan rasa cinta terhadap Baginda. Aku cakap untuk diri aku sendiri dan juga untuk org lain *perasan fatin,macam ada orang baca blog ko :p* Tak kisah la kan, mudah mudahan usaha kita ni diberkati oleh Nya dan sama-sama kita perbaiki diri dan jadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola kita. Perbanyakkan berselawat ke atas nya bukan sahaja pada hari Maulidur Rasul tapi dalam kehidupan seharian kita. :) Macam aku baca kat blog Maria Elena, the best times to berselawat are bila dengar orang sebut nama Nabi Muhammad S.A.W, lepas berwudhu', bila masuk/keluar masjid dan bila-bila mengingatinya.

Semoga kita mendapat syafaat di Hari Akhirtat kelak..In Sha Allah..

p/s: lebih kepada untuk muhasabah diri sendiri untuk ke arah kebaikan.


Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah/2013

'Wasatiyyah Tunggak Kesatuan Ummah'

No comments: